Rafizi: Cukuplah menjadi pondan

- Advertisement -

SECARA tiba-tiba keluar pula dari mulut Rafizi kononnya beliau tahu duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS. Tak cukup dengan itu dicabarnya pula presiden PAS menjawab perkara itu.

- Advertisement -

Sebelum ini tuduhan yang lebih kurang sama dibuat oleh orang terbuang dari PAS. Cuma bezanya orang terbuang itu sempat memberitahu nama bank transaksinya.

Dewan Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis dan mencabar orang terbuang itu membuktikan kata-katanya. Tetapi hingga sekarang cabaran itu senyap seribu bahasa.

Barangkali Rafizi cuba mengalih isu. Kejayaan membentangkan usul RUU bisa menenggelamkan namanya. Dicari dalam ‘pen drive’nya sisa-sisa isu. Lalu dikutip kembali kata-kata orang terbuang PAS.

Letih… tidak dilayan dikatakan bersalah. Sedangkan prinsipnya ‘tuduhan hendaklah dibuktikan’. Tapi sekarang sudah jadi terbalik. Aku tuduh kamu; buktikan kamu tidak bersalah.

Baiklah. Secara ringkasnya wahai Rafizi (atau orang buangan PAS); PAS ini sebuah pertubuhan, ramai ahlinya. Dan ramai juga peguamnya. Sudah letih kami menerima sindiran sebegitu rupa. Kami minta jangan lagi menjadi pondan; jangan lagi berlindung di sebalik perlindungan bersyarat. Sebut sahaja siapa? Berapa? Bila? Dan bagaimana? Mudah bagi kami untuk membuat perkiraan bagi mengajar kamu menjadi lelaki sejati. – HARAKAHDAILY 7/4/2017

Penulis ialah Pengerusi Luham Kelantan