PAS yakin pindaan 355 lulus sidang depan

- Advertisement -

PAS optimis pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bakal diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat bakal diadakan tiga bulan akan datang.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peluang tersebut digunakan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai RUU 355.

Selain itu kata Ahli Parlimen Kota Bharu lagi, pihak media turut diberikan penerangan kerana ia memainkan penjelasan tersebut kepada rakyat.

“Saya yakin dan optimis  penerangan kita akan dapat menjelaskan lagi mengenainya pada sidang parlimen akan datang dijangka bulan Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus ketibaannya di Lapang Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu malam tadi, yang disambut kumpulan anak-anak muda.

Pada ucapan sokongan Takiyudin terhadap usul dibentang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, memberi penjelasan lebih terperinci mengenai keperluan pindaan 355. – HARAKAHDAILY 7/4/2017

- Advertisement -