Mungkin Rafizi dijangkiti sindrom pemfitnah DS Anwar Ibrahim diliwat

- Advertisement -

DS Anwar Ibrahim dituduh meliwat dan didapati bersalah sehingga dipenjarakan, legasi zalim Mahathir yang menuduh tanpa bukti syari’e terhadap Ketua Umum PKR itu disambung pula di zaman Najib dan sekali lagi DS Anwar terpenjara dengan tuduhan yang sama.

- Advertisement -

Namun bagi PAS, kami tetap tidak percaya atas tuduhan terhadap DS Anwar kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang wajib dikemukakan saksi dan bukti-bukti syari’e. Sehingga kini kami tetap menganggap bahawa DS Anwar dizalimi.

Semalam Rafizi mendakwa dia tahu bahawa duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS dan menyarankan agar Presiden PAS saman beliau, dituduhnya PAS dan kemudian minta supaya PAS buktikan tidak bersalah, apa jenis sindrom yang sedang melanda Rafizi?

Sepatutnya orang yang menuduh mesti buktikan orang yang dituduh itu bersalah, jika dikatakan orang yang rapat dengan PAS itu menerima duit 1MDB, siapakah orangnya? Jika orang itu bagi duit itu kepada PAS, siapa pula pemimpin PAS yang terima duit tersebut?

PAS ada organisasi, jika perkara ini benar-benar belaku mudah bagi ahli-ahli PAS untuk menghukum pemimpin sebegini, ahli PAS pasti tidak mendiamkan diri, sementelah hampirnya Muktamar Tahunan PAS hujung April ini, ini adalah ruang terbaik untuk ahli PAS bertindak.

Namun kenyataan Rafizi yang kosong dengan bukti tidak sedikitpun memberikan kecurigaan ahli PAS terhadap pemimpinnya, malahan hanya makin membenarkan bahawa Rafizi adalah bapak pemfitnah selepas Tun Mahathir dan semua pemfitnah yang mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim meliwat.

URAJ
TANJUNG LUMPUR

- Advertisement -