Kelantan tambah bilangan penghulu

- Advertisement -

KERAJAAN Kelantan menambah lagi bilangan penghulu di negeri ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran di peringkat mukim.

- Advertisement -

Langkah itu diambil berikutan berlaku pertambahan mukim di Kelantan yang dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan.

Pengarah Urusetia Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata seramai 28 penghulu ditambah tahun ini selepas kajian dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan.

Katanya penambahan penghulu tersebut dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan membuat kajian mengenai keperluan penambahan bilangan penghulu mukim.

“Penambahan itu juga kerana kawasan operasi mukim yang luas dan bilangan penduduk semakin ramai,” katanya di sini.

Jumlah penghulu mukim dan tanpa mukim di Kelantan sekarang seramai 809 orang. Setiap penghulu diberi elauan sebanyak RM900 sebulan.

Pertambahan bilangan penghulu tersebut menyebabkan berlaku kenaikan kos kepada RM738,000 berbanding RM711,000 sebulan sebelum ini.

Kali terakhir pertambahan bilangan penghulu mukim dibuat sebelum pilihan raya umum ke13 iaitu sebanyak 12 orang. – HARAKAHDAILY 4/4/2017

- Advertisement -