Kekal istiqamah walaupun abah tiada

- Advertisement -

“TERUSKAN bersama PAS dan sentiasa beristiqamah walaupun abah dah tak ada lagi,” antara pesan pengasas Harakah, Yusof Jalil kepada anak-anaknya.

- Advertisement -

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Usuf, 71, meninggal dunia kira-kira jam 6.15 pagi tadi di Hospital Selayang.

Anak keduanya, Nur Habsah Yusof, 37, ketika dihubungi memberitahu, walaupun ayahnya mengalami angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu, namun allahyarham sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Katanya, allahyarham selalu berpesan kepada beliau dan adik beradik lain supaya sentiasa beristiqamah dalam perjuangan PAS.

Pak Usuf juga bekas Pengarang Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Beliau mengasas kewujudan Harakah bersama Haji Subky Latif dan Ishak Surin.

“Semalam abah mengadu sesak nafas, kami bawa dia ke hospital,” ujarnya.

Menurut Habsah jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua Batu Caves. Allahyarham meninggalkan lima orang anak.

Isterinya, Hamidah Dahlan telah meninggal dunia 10 tahun lalu. – HARAKAHDAILY 3/4/2017

- Advertisement -