Bina kehidupan berkeluarga harmoni

- Advertisement -

PAS menyeru masyarakat agar dapat membina kehidupan berkeluarga yang lebih mesra dan memelihara keharmonian hidup sesama penduduk.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berharap, komuniti setempat lebih peka dengan pelbagai isu yang sedang melanda.

“Saya berharap agar masyarakat lebih peka dan beristiqamah memelihara keluhuran hidup berkeluarga bersesuaian dengan amalan Islam.

“Saya menyeru semua supaya dapat mengembeling usaha bagi memelihara keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika menutup program Pertandingan Memancing Komuniti Muda Kampung Sungai Serai, semalam.

Seramai 154 orang peserta dari pelbagai pelbagai peringkat umur memeriahkan program yang diadakan di di hujung tasik Sungai Serai.

Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan menyeru semua pihak menggembleng usaha menjaga kerukunan dalam masyarakat.

“Saya juga berharap agar institusi keluarga dipupuk dengan suasana yang bahagia di samping memastikan anak-anak didik untuk menghormati orang tua serta berterusan dalam memelihara dan menjaga nilai murni agama,” tambah beliau.

- Advertisement -