Kerajaan negeri bina rumah mangsa banjir lumpur

mb tapakrumah2
- Advertisement -

SEBANYAK sembilan keluarga daripada 27 mangsa banjir lumpur di Bukit Besi bakal mempunyai kediaman sendiri Julai ini.

- Advertisement -

Kediaman itu akan didirikan di tapak yang terletak di Kampung Pauh, beberapa kilometer  dari kediaman asal mereka.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob telah merasmikan majlis pecah tanah untuk projek berkenaan semalam.

Katanya, peruntukkan rumah berkenaan akan dibina melalui sumbangan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Tabung Banjir Negeri Kelantan.

Beliau memberitahu kaedah rumah yang akan dibina mengikut rumah dhuafat dengan kos sebuah kira-kira RM45,000.

Jelasnya, pembinaan kediaman itu akan berlangsung pertengahan April ini dan dijangka siap Julai ini bagi fasa pertama.

“Fasa kedua akan dibina selepas projek tujuh kediaman itu siap.

“Fasa pertama itu dibina untuk mangsa-mangsa yang kediamannya terjejas teruk di mana mereka tidak boleh mendiami lagi rumah mereka,” katanya lagi.

Jelasnya, semua mangsa dicadangkan berpindah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Sebelum ini kerajaan negeri melalui Adun Temangan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan telah bertemu mereka selepas banjir 2014.

“Ia bertujuan bagi mengelakkan kejadian sedemikian berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi tapak mangsa banjir lumpur semalam.

Sementara itu, seorang mangsa banjir lumpur, Aziz Ibrahim, 37 ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana akan mempunyai kediaman baru.

Menurutnya, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain, beliau terpaksa tinggal di rumah berkenaan walaupun sudah tidak sesuai diduduki.

Menurutnya, pendapatan kecil hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu untuk mencari kediaman yang lebih selesa.

“Kerajaan negeri nak bina rumah baru, alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak, memang saya gembira dan syukur banyak-banyak,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dari PKINK, PMBK, pejabat-pejabat tanah dan lain-lain.

Lawatan itu sempena Program Pemukiman Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri bersama rakyat di Jajahan Machang.

Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi  hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY 31/3/2017

- Advertisement -