Projek ladang solar terapung di Kelantan

- Advertisement -

KELANTAN bakal memiliki ladang solar terapung di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas yang membabitkan kos kira-kira RM400 juta.

- Advertisement -

Projek dianggap terbesar di Malaysia itu kini masih dalam kajian syarikat Umile PLT dengan kerjasama Tien Ching Energy Co. Ltd dari Taiwan.

Pengerusi Umile, Datuk Dr Nazily Mohd Noor berkata, ia akan dilaksanakan selepas kajian dilakukan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita menjangka kajian antara tiga bulan hingga setahun termasuk mengenai kesan kepada persekitaran serta manfaat penduduk tempatan.

“Ia juga menjadi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, peluang pekerjaan serta perkembangan industri kecil dan sederhana,” katanya selepas menandatangani memorandum perjanjian bersama Tien Ching Energy di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir delegasi syarikat Tien Ching Energy yang diketuai Pengerusi Tien Ching Energy Group, Chih-Ching Yeh.

Nazily menambah, pembinaan ladang solar berkenaan tidak mengunakan kaedah ‘piling’ kerana boleh merosakan ekosistem kehidupan dalam tasik.

Projek berkenaan dijangka dapat menghasilkan 49 mega watt. – HARAKAHDAILY 28/3/2017

- Advertisement -