PAS Putatan rai warga polis sempena Hari Polis ke-210

PAS Kawasan Putatan meraikan warga polis dengan menyerahkan kek sempena Peringatan Hari Polis ke-210. Ini sebagai menghargai khidmat dan usaha pihak polis dalam menjaga keamanan masyarakat.

Advertisement

Rombongan PAS Putatan yang diketuai YDP, Ustaz Abu Nuha menyantuni warga polis di sekitar Putatan. Pihak polis menyambut kunjungan PAS Putatan dengan mesra dan megucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.

Acara penyerahan kek sebagai menghargai warga polis ini bukan kali pertama dilakukan bahkan menjadi jadual tahunan bukti keprihatinan PAS Putatan.

Dengan slogan “Polis dan Rakyat Berpisah Tiada”, YDP PAS Putatan mengharapkan masyarakat sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak polis dalam semua keadaan. Polis adalah kawan dan sahabat masyarakat, tambahnya. – HARAKAHDAILY 28/3/2017