Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?

- Advertisement -

TROJAN Horse dibina dari serpihan kapal Sparta, musuh Troy. Ia begitu hebat dan pemimpin Troy merasa kagum, lalu dibawa masuk ke dalam kota Troy dengan penuh keraian.

- Advertisement -

Rupa-rupanya ia strategi penyusupan Sparta bagi memusnahkan Troy dari dalam.

Kepada yang memerhati, Tun M sedang jadi batu api melagakan penyokong pembangkang dengan PAS, meneruskan usaha memperlekehkan PAS yang telah dibuatnya sejak dalam Umno lagi. Misinya gagalkan PAS. Kerana hanya PAS ancaman sebenar Umno. Rebah Umno, rebahlah BN.

Beliau sudah meneutralkan gelombang “reformasi Anwar” dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai idola baru pakatan pembangkang.

Beliau telah secara terbuka minta PH jadikan BN sebagai contoh ikutan.

Orang kepercayaan beliau Zaid Ibrahim menulis artikel bertajuk PAS bakal musnahkan BN tanpa sedar tulisannya adalah bayangan keresahannya dan seruan kepada pencinta BN supaya selamatkan BN.

Beliau minta guna satu logo dalam pilihan raya untuk PH. Sedangkan untuk membolehkan rakyat kenal dan biasa dengan satu satu logo memakan masa bertahun-tahun. Ia akan mengelirukan rakyat lebih jauh lagi sedangkan PRU14 boleh berlaku bila-bila masa dan tidak lewat setahun dari sekarang.

Beliau minta tukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. Sekali lagi pertukaran nama adalah beban baru penerimaan rakyat dan strategi halus. Seperti Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan disebut secara mudah sebagai  “Pakatan”. Kecenderungan orang menyebut secara mudah “Barisan” hanya menguntungkan BN.

Terbaru beliau menuntut partinya menjadi ketua Pakatan Harapan pula.

Adalah munasabah untuk berjaga-jaga jika mereka sedang meraikan Trojan Horse yang punya agenda menghancurkan Troy.

Jangan lupa Achilles pahlawan terbilang Sparta yang bersama dalam Trojan Horse itu juga bukan kepalang benci dan permusuhannya kepada Raja Sparta ketika itu. Tetapi tetap tindakannya memenangkan Sparta.

PAS lebih kenal Mahathir dengan segala dramanya sejak dulu. Drama ‘pergaduhannya’ dengan Nazri Aziz, ini bukan benda baru. Mereka mesra sejak dulu. – HARAKAHDAILY 27/3/2017

- Advertisement -