Adun Salor tiada soalan sejak 2013

- Advertisement -

TANPA mendapat gambaran sebenar penyokong PAN cuba menyalahkan Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub apabila mengarahkan Adun Salor Datuk Husam Musa meninggalkan Dewan semalam.

- Advertisement -

Keadaan itu boleh dilihat di media sosial milik PAN. Sedangkan situasi sebenar cuba disembunyikan mereka.

Ketika peluang berucap diberi kepada setiap Adun, wakil rakyat terbabit tidak mengambil peluang. Enam pembangkang diberi peluang berucap membahas titah Diraja.

Bagaimanapun ketika penggulungan dilakukan pihak kerajaan, Adun Salor bangun hendak berucap, sedangkan peluang awal sudah diberi.

Mengulas isu berkenaan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassurudin Daud berkata, Adun Salor dianggap tidak aktif pada persidangan dewan.

Ini kerana kata beliau sejak 2013 Adun Salor tidak menghantar soalan sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan.

“Kira-kira empat tahun lalu setelah beliau tidak lagi berada dalam kerajaan negeri, Adun Salor tidak ada soalan bertulis dan mulut.

“Sebaliknya penasihat PAN Kelantan itu mengambil peluang lain yang dianggap mengacau perjalanan persidangan Dun,” katanya pada majlis meraikan 179 pelajar yang akan melanjut pelajaran ke timur tengah di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Adun Gual Periuk Muhammad Awang, Setiausaha Politik, Wan Roslan Wan Hamat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (Yik).  – HARAKAHDAILY 23/3/2017

- Advertisement -