Kelantan rancang skim wakaf pendidikan

- Advertisement -

KERAJAAN Kelantan merancang mewujudkan skim wakaf pendidikan bagi membantu pelajar asing dari negara minoriti umat Islam mendapat pendidikan tinggi agama di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata melalui skim itu membolehkan lebih ramai lagi pelajar Islam dari negara lain melanjut pelajaran ke Kelantan.

Katanya, sehingga sekarang ada pelajar dari Kempuchea dibantu bantuan bagi membolehkan mereka melanjut pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

“Pelajar terbabit diberi bantuan untuk melanjutkan pelajaran di Kelantan,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini.

Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) kata beliau usaha kerajaan negeri mewujudkan Maahad Ad Dakwah Wal Imamah bagi menghidupkan semula Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK).

YPTIK ditukar menjadi Akademi Islam di bawah Universiti Malaya ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Katanya, sekarang institusi pengajian tinggi itu dinaik taraf kepada Kias.

Beliau juga berkata sehingga sekarang Kias mengeluarkan lebih 3,200 graduan yang menimba ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu di kolej terbabit.

“Pada peringkat awal Maahad Ad Dakwah bermula dengan 360 pelajar. Sekarang pelajar yang sedang menuntut di Kias seramai 2,000 orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2017

- Advertisement -