Banyak cabaran hadapi PRU14

- Advertisement -

PAS menjangkakan Pilihan raya Umum Ke-14 bakal diadakan September tahun ini.

- Advertisement -

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun ada yang mendakwa ia akan diadakan pada Julai, namun PAS yakin diadakan September ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-45, di Kompleks Purnama, semalam.

Amar seterusnya berkata, tempoh untuk bekerja keras untuk berhadapan PRU terlalu sempit.

“Jangankan enam bulan, setahunpun sudah tidak cukup ruang untuk kita bergerak dan bekerja,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti turun ke bawah untuk memperkemaskan jentera.
 
Tambahnya, banyak cabaran untuk berhadapan PRU kali ini memandangkan PAS bukan hanya berhadapan BN, sebaliknya PAN.
 
Terdahulu, Dr Izani Hussin, menyeru anggota parti memperkuatkan saf semua peringkat.
 
Timbalan Yang Dipertua PAS itu juga berkata, sekiranya anggota parti bersatu musuh tawar hati untuk mengganggu gugat saf perjuangan.
 
“Untuk itu, marilah kita menampal  lompang yang ada, menutup ruang-ruang yang boleh ditembusi musuh untuk menghadapi PRU tidak lama lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2017

- Advertisement -