Mohd Amar kekal terajui PAS Pengkalan Chepa

- Advertisement -

YANG Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Abdullah, kekal menerajui kepimpinan kawasan berkenaan bagi sesi 2017/2019.

- Advertisement -

Beliau diberi kepercayaan penuh anggota perwakilan untuk memimpin PAS itu setelah menang tanpa bertanding.

Pada masa yang sama semua anggota jawatankuasa PAS kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan itu.
Timbalan Yang Dipertua masih disandang Dr Izani Hussin, begitu juga Naib Yang Dipertua, Muhammad Azmi Nor apabila mereka dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-45 hari ini.
.
Sebelum itu turut mengekalkan kepimpinan dalam sayap penting PAS kawasan Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar, Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS merasmikan mesyuarat agung iyu yang diadakan di Kompleks Purnama. – HARAKAHDAILY 18/3/2017

- Advertisement -