Perginya seorang pejuang yang tak kenal erti lelah

- Advertisement -

18 Jumadal Akhira 1438, Jumaat 4.45 petang.

- Advertisement -

Beliau rebah ketika menyempurnakan tugas yang diamanahkan sebagai koordinator rombongan PAS Kuala Nerus ke himpunan RUU355. Dalam perjalanan ke Ibu Kota, beliau tidak sedarkan diri. Mungkin akibat terlalu letih mengurus ratusan peserta.

Semua orang yang diuruskannya berjaya sampai dan menjayakan program H355 yang melakar sejarah bermakna buat masa depan Islam. Disebalik kegembiraan rombongan Kuala Nerus, jasad beliau terpaksa ditahan di sebuah Hospital Kuantan.

Sejak itu beliau terus tidak sedarkan diri hinggalah dijemput Ilahi. Beliau pergi dalam seragam pejuang masih di badan. Tuhan turut muliakan beliau dengan kematian pada petang Saiyidul Ayyam. Semalam, beliau ‘bergembira’ dengan kejayaan manis anakanda tercinta memperoleh keputusan 10A dalam SPM.

Takziah buat semua yang menangisi pemergian beliau terutama kaum keluarga, sahabat handai dan teman seperjuangan. Ya, Kita memang terlalu sedih dengan pemergian beliau pada saat keberadaannya masih ditagih. Tapi percayalah, beliau tersangat gembira di alam ‘sana’ sekarang. Beliau telah melakar kejayaan yang amat tinggi dalam hidupnya, kejayaan yang didamba semua insan yang berjuang. Mati dalam berjuang.

Tenanglah dikau wahai sahahat dan guru, Cikgu Fauzi Abu Samah. Tunggu daku di sana.
Keterangan gambar: Program ziarah penasihat MAMPAT, Tengku Paduka Ibrahim tahun lepas. – HARAKAHDAILY 17/3/2017

- Advertisement -