Usul desak tindakan langgar baiah

- Advertisement -

MESYUARAT Agung PAS kawasan Tanah Merah meluluskan usul bagi membawa individu yang melanggar sumpah taklik dan baiah kepada muka keadilan.

- Advertisement -

Usul berkenaan dibawa perwakilan Cawangan Klewek yang mendesak PAS Pusat atau Badan Perhubungan PAS Kelantan bertindak segera.

Menurutnya, perkara itu sangat memalukan PAS serta perbuatan tersebut seolah-olah perkara yang berkaitan sumpah taklik serta baiah boleh dipermainkan.

“Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS lompat parti dan membawa lari kerusi PAS.

“Kami mendesak bawa mereka ini ke Mahkamah Syariah sebab Hakim Mahkamah kata ada kes tetapi kita masih berdiam diri,” kata perwakilan itu.

Mesyuarat agung kali ke-56 yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan di Manal disini dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Usul berkenaan mendapat sokongan sebulat suara daripada semua perwakilan sambil mengumumkan komitmen untuk membawa sendiri sekiranya tiada perhatian.

“Kita berharap supaya Muktamar ini mendesak PAS agar bertindak, sekiranya tiada, PAS Kawasan sendiri akan bertindak membawa kes ini ke Mahkamah,” jelasnya.

Selain PAS Cawangan Klewek turut mendesak PAS Pusat mahupun Kelantan mengambil semula kerusi Parlimen Tanah Merah selepas diserahkan kepada PKR. – HARAKAHDAILY 11/3/2017

- Advertisement -