RM90 juta: PAS mula tindakan saman

- Advertisement -

PAS kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

- Advertisement -

Saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, perkara tersebut sudah berada dalam tindakan peguam Luham.

“Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar tahunan PAS Kawasan Tanah Merah kali ke-56 yang diadakan di Kampung Manal disini.

Dalam pada ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu beliau menjelaskan PAS Pusat tidak mempunyai sebarang akaun dalam institusi perbankan, Affin Bank.

Isu tersebut timbul apabila bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa dana RM90 juta disalurkan kepada PAS Pusat melalui Affin Bank.

Anggota parlimen Kota Bharu itu menambah, sebaliknya PAS hanya mempunyai dua akaun di Bank Islam dan MayBank Islamik.

“Kalau orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia dahulu,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/3/2017

- Advertisement -