Takaful Kifaalah boleh disedekah masjid

- Advertisement -

PENCARUM Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang tidak berhasrat mewasikan nama keluarga boleh menamakan masjid atau surau sebagai penerima pampasan.

- Advertisement -

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata, ada sebilangan kecil penduduk tidak mahu mendaftar nama keluarga sendiri sebagai wasi skim berkenaan.

“Mungkin kerana tidak mahu membebankan kerajaan negeri atau mereka berkemampuan dalam aspek kewangan.

“Oleh itu mereka boleh menamakan masjid, surau, anak-anak yatim atau penduduk miskin sebagai wasi bagi menerima pampasan skim berkenaan,” katanya pada penyampaian pampasan skim berkenaan di Pejabat Dun Pengkalan Pasir semalam.

Seramai 60 keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima pampasan terbabit.

Skim Takaful Kifaalah diperkenalkan kerajaan negeri pada Februari 2007. Warga emas yang berusia 60 tahun dan lebih layak menyertai skim berkenaan.

Setiap wasi menerima RM1,000 pada majlis itu. Manakala RM500 lagi disumbang pada hari kematian pencarum. – HARAKAHDAILY 9/3/2017

- Advertisement -