RUU 355: Tidak timbul soal siapa peralat siapa

- Advertisement -

KETUA Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan tidak timbul soal ‘siapa memperalatkan siapa’ di dalam memperkasakan undang-undang syariah termasuklah meminda RUU 355.

- Advertisement -

Ini kerana katanya, pindaan RUU 355 yang di bawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk memperkasakan agama Islam di negara ini.

“Jangan terlalu terjebak dengan polemik dengan sentimen yang hanya buang masa kita. Apa yang kita lakukan adalah prinsip terhadap muslim jadi tidak timbul siapa peralat siapa,” katanya.

Bercakap di dalam program Bual Bicara Harakah sesi ke-6 hari ini, Nasrudin berkata, isu pindaan RUU355 ini adalah titik perubahan untuk umat Islam bangkit tanpa mencurigai antara satu sama lain.

Katanya, pindaan ini menjadi tanggungjawab bersama dan perlu bantu membantu bagi memperkasakan RUU ini.

“Kita tidak mampu nak buat semua tetapi kita ada kaedah. Perkara tidak mampu jangan buat semua,” katanya di My Harakah Bazaar.

Justeru katanya, di dalam pindaan ini semua pihak tidak perlu gopoh-gapah dan perlu melalui proses yang sewajarnya untuk memperbaiki kelemahan.

“Jangan gopoh, seumpama kita berjalan di atas lantai yang licin barulah kita selamat. Kita bimbang akan tergelincir. Banyak proses buat keputusan yang perlu dihormati dan dicermati, kerana kesempurnaan perlu lalui proses yang cermat,” katanya.

Program Bual Bicara Pasca Himpunan 355 Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera turut membarisi dua lagi lagi ahli panel iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala moderatornya adalah Pengarah Komunikasi Korporat PAS Roslan Shahir Mohd Shahir. – HARAKAHDAILY 9/3/2017

- Advertisement -