Cerita sebenar disebalik laporan Harian Metro

BantuR 13
- Advertisement -

SEJAK Kelmarin, saya memerhati dan menilai berita-berita di Harian Metro (HM) tentang misi membantu muslim Rohingya. Saya kenal wartawan HM di kapal Nautical Aliya. Dia orang baik dan mesra.  

- Advertisement -

Laporan semalam dan hari ini di pautan: http://www.hmetro.com.my/node/211822.

Seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M melanjutkan usaha murni food flotilla tempohari. Saya sentiasa positif tentang food flotilla dan akan mengulanginya jika ada lagi flotilla pada masa depan.

Sebetulnya saya bersama rombongan daripada PAS merancang ke Sittwe sebaik sahaja food flotilla tidak dibenarkan  berlabuh di sini.  Di Yangon pun sukarelawan tidak diizinkan turun.

Maka, sebaik sampai di Cittagong,  saya meminta bantuan Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman (sepupu dan timbalan saya dalam PAS Kawasan Sik)  mengaturkan pertemuan dan menyusun program ke Sittwe melalui rakan-rakan MAPIM di Yangon dan Sittwe.  

Maka kami menetapkan beberapa kem penempatan dan kampung untuk dilaksanakan program sumbangan food pack dan tube well, menziarahi kem-kem untuk meninjau keperluan paling mendesak,  selain menziarahi sekolah dan rumah yang didirikan oleh MAPIM sebelum ini.

Kami membuat pesanan barangan dan telaga tiub lebih awal,  dan membuat pembayaran sebaik tiba di Yangon melalui wakil yang dilantik oleh pembekal.

Sewaktu berlepas dari Kuala Lumpur, dimaklumkan rombongan KP1M juga akan ke Sittwe untuk menyertai Duta Malaysia ke Myanmar untuk masuk ke Mangdaw untuk menyaksikan majlis penyerahan barangan flotilla di sana. Saya percaya hubungan baik mereka sebagai NGO kerajaan dengan pihak kedutaan akan memudahkan urusan mereka.

Hanya sepucuk surat daripada MAPIM memaklumkan kehadiran deligasi kami kepada  kedutaan, dan tidak mendapat jawapan.  Permit kebenaran memasuki Sittwe diuruskan oleh NGO di sini,  kakitangan kedutaan pun kami tak dapat bertemu.    

Pada pagi 7 Mac, dalam perjalanan memasuki kem,  kami ‘terserempak’ dengan wakil KP1M di hotel mereka. Saya rasa mereka ada menghubungi Ustaz Tarmizi memaklumkan situasi mereka.  Saya difahamkan mereka gagal memasuki Mangdaw bersama rombongan duta. Mereka tidak merancang tujuan lain. Tiket pulang hanya pada 8 Mac.  Jadi mereka tiada tempat untuk dituju,  tiada aktiviti untuk dilakukan. Mereka hanya makan maggi kerana tiada restoren makanan halal di Sittwe.

Atas dasar ingin membantu agar perjalanan mereka ke sini tidak sia-sia,  kami mempelawa mereka ikut masuk bersama kami ke kem, melihat sendiri program-program yang telah kami aturkan. Setidak-tidaknya mereka akan dapat menjamah nasi yang telah kami pesan di sana nanti. Itulah cerita sebenar.

Laporan HM semalam menyebut PAS hanya ‘turut serta’ dalam kunjungan KP1M dan MAPIM ke kem Rohingya. Laporan kelmarin tidak sepatahpun menyebut PAS dan aktiviti PAS di kem yang yang menyelamatkan perjalanan mereka daripada sia-sia itu.  

Malah laporan HM yang menjadikan aktiviti di kem dan perkampungan Rohingya sebagai program yang disusun oleh KP1M adalah bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian.

Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui? Kenapa perlu ada sikap tidak jujur seperti itu dalam misi kemanusiaan atau sebetulnya mereka sudah diresapi sifat ganas ‘Myanmarism’. – HARAKAHDAILY 9/3/2017

BantuR 10

BantuR 7

- Advertisement -