BR1M: Jawapan kerajaan di parlimen berbelit

- Advertisement -

KERAJAAN Kerajaan yang diterajui Umno tidak mampu lagi menyorok ekonomi negara semakin tenat, biarpun mengumpankan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

- Advertisement -

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelbagai alasan diberikan di Dewan Rakyat bagi menutup kelemahan pengurusan kerajaan BN.

Katanya, sebelum ini Dewan Rakyat dimaklumkan duit bayaran BR1M melalui hasil kutipan cukai GST tahun ini sebanyak RM47 bilion.

“Hampir RM8 bilion diperlukan untuk membayar BR1M kepada hampir tujuh juta penerima di seluruh negara.

“Bagaimanapun semalam Dewan Negara memaklumkan BR1M dibayar melalui pengurangan kos subsidi minyak sebanyak RM20 bilion,” katanya ketika dihubungi di sini.

Isu BR1M kini menjadi tular di media sosial sekarang. Orang ramai merungut kerana tidak lagi mendapat bantuan itu seperti tahun-tahun sebelum ini.

Malah ramai yang kecewa selepas lama beratur di mesin ATM wang BR1M yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun mereka.

Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata pelbagai syarat baru dibuat bagi memastikan tidak ramai lagi yang layak menerima BR1M. – HARAKAHDAILY 8/3/2017

- Advertisement -