Ramai manusia disesatkan oleh syaitan

- Advertisement -

FIRMAN Allah:

- Advertisement -

ولقد أضل منكم جبلا كثيرا أفلم تكونوا تعقلون

Maksudnya: Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf. (Surah Yaasin: ayat 62)

Syaitan bekerja keras siang dan malam memalingkan manusia dari jalan Allah dalam menegakkan Islam dan kemuncak harapan makhluk yang penuh tipu helah.

Ia akan terus berusaha untuk mencampakkan manusia ke lembah kemaksiatan walaupun gagal mengeluarkan manusia dari agama Islam dengan pelbagai hasutan demi hasutan dari bisikan penuh keindahan dan kebaikan disebabkan ramai yang gugur hingga tidak dapat dibilang dengan jari jemari.

Bermula dari seorang individu, masyarakat hingga kepada pemerintah, kejayaan yang penuh bergaya cuba direncanakan iblis.

Siapa yang tidak mengenali Abu Jahal, Abu Lahab, penduduk Anthokiah, Firaun, Raja Namrud dan ramai lagi yang termakan hasutan syaitan.

Strategi yang memperindahkan sesuatu perbuatan sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam sehingga nampak bagus di mata dan dapat diterima oleh manusia.

Firman Allah:

فلولا إذ جآءهم بأسناتضرعوا ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطان ما كانوا يعملون

Maksudnya: Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka,bahkan hati mereka telah menjadi  keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang selalu mereka lakukan. (Surah Al-An’am: 43)

Oleh itu, berilah sokongan yang tidak berbelah bagi RUU 355 yang di bawa oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi kebaikan umat Islam, memperkasakan mahkamah syariah agar institusi ini dapat memberi suatu impak yang positif kepada umat Islam.

Kepada pihak yang keliru dan menentang kebaikan ini cukuplah kerana tidak tanduk dan perbuatan kalian akan menjadi saksi dihadapan Allah SWT  di hari pembalasan.

Bagi yang menyokong dan mengajak orang ramai untuk memberi sokongan kepada RUU 355 yakinlah dan percaya Allah akan memberi ganjaran kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW:

 الدال على خير كفاعله

Orang yang menyuruh membuat kebaikan pahalanya seperti orang yang melakukannya. (Riwayat Bukhari)

Disediakan oleh:

Ustaz Hasri Hamdan
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
6 Mac 2017 / 7 Jamadil Akhir 1438 – HARAKAHDAILY 6/3/2017

- Advertisement -