PAS sedia berhadapan dengan PAN di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri sentiasa membuka peluang seluasnya dan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak dalam penganjuran satu-satu program.

- Advertisement -

Agensi Kerajaan Pusat juga hari ini dilihat cukup positif dalam keterlibatan menjayakan sebahagian daripada agenda Kerajaan Negeri.

Zaman sekarang adalah zaman masyarakat berpolitik dengan cara matang dan sejahtera dengan meninggalkan politik dendam, fitnah, adu domba dan saling membenci.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli bin Mamat sewaktu ditemui di pejabatnya selepas Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri hari ini mennyebutkan bahawa kerjasama seumpama ini ternyata kembali memberi manfaat kepada rakyat.

“Contohnya program siri Karnival Setitis Darah Sekalung Jiwa (Sejiwa) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan mendapat kerjasama yang baik terutama dari Unit Tabung Darah Hospital.”

Menurutnya siri Karnival Sejiwa terdekat akan berlangsung pada Jumaat 3 Mac 2017 ini di Dataran Peragu Pantai Irama Bachok bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Sejiwa kali lebih menarik kerana selain pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma, kali ini turut diwujudkan Petty Zoo (zoo haiwan peliharaan) dan basikalthon. Setiap penyertaan derma darah layak menerima t-shirt, sijil dan lain-lain.

Ketika ditanya tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang mula masuk ke dalam DUN Bunut Payong yang diwakili oleh beliau.

“PAN melawat cari orang susah di kawasan saya kerana mungkin di kawasan mereka orang miskin sudah habis dibantu atau mungkin ia tanda piliharaya umum sudah hampir.

“Kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana pihak yang ingin menghancurkan parti Islam PAS yang sekian lama terbukti berusaha untuk mendaulatkan Islam di negara ini,” katanya

Menyentuh tentang serangan dan fitnah PAN kepada PAS dan kepimpinan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Ramli berkata hanya Allah dan orang yang membuat fitnah itu lebih mengetahui bahawa ia adalah dusta dan fitnah. – HARAKAHDAILY 1/3/2017

- Advertisement -