DAP tak perlu banyak berhelah burukkan pihak lain

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang DAP mungkin lupa, parti itu keluar daripada pakatan pembangkang ketika PAS masih lagi diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

- Advertisement -

“Seingat saya, dua kali DAP keluar daripada pakatan pembangkang. Kali pertama menjelang pilihan raya negeri Sarawak kerana isu Dokumen Negara Islam.

“Ketika itu almarhum Tok Guru Nik Aziz masih lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Kalau benar pimpinan hari ini tidak terbuka, kenapa DAP keluar ketika PAS diketuai Tok Guru,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pemimpin veteran DAP itu dilapor mendakwa PAS sekarang tidak terbuka sebagaimana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin DAP tidak perlu banyak berhelah untuk memburukkan pihak lain.

“Mereka lupa punca hubungan dalam pakatan pembangkang putus kerana DAP keluar dari pakatan pembangkang lebih awal.

“DAP keluar daripada Barisan Alternatif selepas pilihan raya umum 1999 dan memecahkan pula Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013,” katanya di sini.  

Menurutnya juga PAS tidak teragak-agak menyertai pakatan parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara kleptokrasi global. – HARAKAHDAILY 1/3/2017

- Advertisement -