Dia sembunyi

- Advertisement -

NAK UNDI Melayu, dia bergabung, bersembunyi belakang parti Melayu.

Nak ambil duit, dia sembunyi belakang projek terowong.

Nak undi orang Islam, dia sembunyi belakang tudung jilbab, baca Quran dan hadis.

Nak kuasai bandaraya, dia sembunyi belakang jawatan menteri.

- Advertisement -

Nak ambil tanah pegangan Melayu, dia sembunyi belakang penama Melayu.

Nak rampas tanah Melayu di bandar, dia sembunyi belakang projek pembangunan.

Nak kekal kuasa dalam kerajaan, dia sembunyi belakang ugutan kepada pelaku kes rasuah.

Nak hapuskan askar Melayu, dia sembunyi belakang kenyataan tentera sudah tidak perlu lagi sekarang.

Nak naikkan komunis, dia bersembunyi belakang nama pejuang kemerdekaan.

Nak letak nama orang-orang dia pada jalan, dia sembunyi belakang penama itu banyak jasanya.

Nak menang pilihan raya lagi nanti, dia sembunyi belakang lakonan kononnya sedang berkelahi dengan parti Melayu.

Nak suruh sijil bangsanya diiktiraf, dia sembunyi belakang tahfiz.

Hanya parti bodoh kerana mempunyai ketua yang jahat, mahu melindungi kesalahannya sahaja yang masih menjadi tulang belakang, menjadi hamba dan khadam hina kepada puak-puak ini dengan membenarkannya bersembunyi di belakang mereka.

Ayuh, sama-sama kita tinggalkan parti bodoh yang berkhianat kepada Melayu Islam ini.

Rebah parti ini, rebahlah puak-puak jahat itu.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 17/5/2026

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian _HarakahDaily_ mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -