
BARU ni bila Adam Adli dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), teruk dia kena belasah sebab dulu dia pernah perjuangkan hapus Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sebab nak ‘backup’ Adam Adli, Fahmi Fadzil dalam sidang media sebut benda tu kebiasaan sebagai orang politik. Maksudnya, janji PTPTN yang Adam Adli sebut tu adalah janji di capati dan benda tu biasa dalam politik (PKR).
Dalam masa sama dia dengan selambe jer cakap. PMX pun sama, dia pun selalu ditanya mengenai janji-janji dia dulu yang tak ditunaikan.
Untuk berlaku adil, aku letakkan transkrip ucapan Fahmi Fadzil;
“Berkenaan dengan YB Adam Adli, ini berkait dengan apa yang pernah beliau lontarkan sebelum ini. Itu dalam bidang politik adalah satu kebiasaan. YAB Perdana Menteri juga pernah dibangkitkan janji beliau untuk menurunkan harga minyak. Jadi mana-mana ahli politik akan diingatkan dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini”
Kan jelas apa yang disebut Fahmi Fadzil tu. Siap nak halalkan hujah mengencingi rakyat, dia petik apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin sebut pasal PAS ketika dalam Umno.
Eh heloooo, apa yang sama kenyataan politik dengan janji pilihan raya? Kau ni dah kenapa? Kau isap apa ni? Jauh sangat pergi dia ni mat.
Aku nak ingatkan Fahmi Fadzil ciri-ciri sifat orang munafik seperti hadis Rasulullah;
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda:
أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ
Maksudnya: “Empat hal bila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafiq yang hakiki, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq hingga dia meninggalkannya. Iaitu, jika diberi amanah dia khianat, jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkarinya dan jika berseteru ia melampaui batasannya”.
Jauhi pemimpin yang rasa dia ‘entitled’ untuk tabur janji dan mungkiri janji tu. Ini ciri pemimpin yang tidak baik dan perlu ditolak. idiyetttt.
Salam Hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 22/12/2025











