Khidmat Malaysia lancar Ops Cuci Perdana

Di Perlis, Perak dan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan melaksanakan Ops Cuci Perdana bagi membantu mangsa banjir di tiga negeri, iaitu Perlis, Perak dan Selangor.

- Advertisement -

Aktiviti yang memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan terjejas, dengan setiap negeri telah ditetapkan pembahagian tugas bagi memastikan gerak kerja lebih teratur dan menyeluruh.

Menurut kenyataan Khidmat Malaysia, penyertaan sukarelawan amat digalakkan bagi mempercepatkan usaha pemulihan di lapangan sepanjang aktiviti dijadual berlangsung dari 5 hingga 7 Disember (Jumaat hingga Ahad) itu.

“Kerjasama masyarakat amat diperlukan. Tenaga, masa dan sumbangan orang ramai akan memberikan kelegaan besar kepada mangsa yang masih berdepan kesan banjir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 12225010037517 atas nama Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia.

Khidmat Malaysia turut menegaskan bahawa setiap sumbangan akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan bantuan dan pemulihan di kawasan terjejas.

Program ini membawa mesej solidariti kemanusiaan dengan slogan, “Berkhidmat untuk Kemanusiaan, Beramal kerana Allah.” – HARAKAHDAILY 5/12/2025

- Advertisement -