Tuan Ibrahim, Saizol masuk sekolah rai Hari Guru

Salah satu sekolah yang dikumjungi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUBANG KERIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama ADUN Salor, Saizol Ismail menyantuni warga pendidik sempena sambutan Hari Guru peringkat DUN Salor, semalam.

- Advertisement -

Kunjungan penuh mesra itu melibatkan agihan kek ke beberapa institusi pendidikan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para guru dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.

Antara institusi yang dikunjungi ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Saadah Lil Banat, PASTI Beta Hilir, PASTI Dewan Beta, PASTI Beta Hulu, PASTI Kedai Piah, PASTI Kampung Kor, PASTI Mulong serta beberapa sekolah menengah dan kebangsaan di sekitar DUN Salor.

Agihan kek yang diteruskan pada hari kedua itu turut melibatkan sekolah-sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan kementerian.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim menyifatkan sambutan ini sebagai satu penghargaan besar kepada golongan pendidik yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

“Guru bukan sekadar penyampai ilmu, mereka pembentuk akhlak dan pencorak masa depan. Selayaknya mereka diraikan dan dihargai sepanjang masa,” katanya.

Saizol turut merakamkan terima kasih kepada semua guru yang terus berkorban mencorak generasi pewaris negara.

“Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa berkorban demi mencorak generasi pewaris negara. Semoga Allah memberkati segala usaha murni kalian,” ujarnya.

Sambutan Hari Guru DUN Salor tahun ini membawa tema “Guru Jauhari, Ilmu Diteladani”. – HARAKAHDAILY 23/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -