Tanam mayat baru di kubur lama

- Advertisement -

Soalan:

Bolehkah digali kubur yang lama berpuluh tahun kerana hendak tanam mayat yang baru?

- Advertisement -

Jawapan:

Hukum menggali kubur yang sudah ditanam akan mayat adalah haram melainkan ada sebab yang mengharuskannya.

Antara sebab yang mengharuskannya ialah mayat yang lama di situ sudah hancur tiada bertulang lagi iaitu semuanya sudah menjadi tanah.

Berkata Imam Nawawi:

وَأَمَّا نَبْشُ الْقَبْرِ فَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ سَبَبٍ شَرْعِيٍّ بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ وَيَجُوزُ بِالْأَسْبَابِ الشَّرْعِيَّةِ كَنَحْوِ مَا سَبَقَ وَمُخْتَصَرُهُ أَنَّهُ يَجُوزُ نَبْشُ الْقَبْرِ إذَا بَلِيَ الْمَيِّتُ وَصَارَ تُرَابًا وَحِينَئِذٍ يَجُوزُ دَفْنُ غَيْرِهِ فِيهِ

Ertinnya: “Dan ada pun menggali kubur maka tidak harus ia tanpa sebab yang diharuskan syarak dengan sepakat sekalian Ashab. Dan harus menggali kubur itu dengan beberapa sebab yang diharuskan syarak seperti barang yang telah lalu sebutnya. Ringkasnya bahawa diharuskan gali kubur itu apabila sudah binasa dan hancur mayat dan telah menjadi tanah dan pada ketika itu haruslah menanam mayat yang lain di situ.” (Kitab Al-Majmu’)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 24/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -