
KUALA LUMPUR: Program Bangkit Usahawan Umrah Siri Kedua anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menghimpunkan seramai 223 peserta terdiri daripada ejen dan agensi umrah.
Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, program berkenaan adalah sebuah inisiatif untuk melahirkan lebih ramai usahawan Muslim dalam industri umrah dan pelancongan Islam.
“Program ini menyediakan latihan, bimbingan dan platform perniagaan kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan umrah secara sah dan berlesen.
“Kita bawa ia sebagai satu kesedaran, salah satu langkah kita supaya mereka boleh tahu akses terus kepada ‘supplier’. Ini bileh mengelakkan penipuan daripada orang tengah dan sebagainya.
“Program yang kita buat ini juga kita ada lakukan satu kelas untuk digitalisasi pemasaran di mana kita bawakan tenaga pengajar untuk mengajar sebab kita nak lebih ramai lgi pengusaha umrah ini dekat dengan ‘digitalisation’, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perasmian Penutup Program Bangkit Usahawan Siri Ke-2 di Wisma Andalusia, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia, Ibrahim Mat Sin dan Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah.
Tambah beliau, program berkenaan turut antara lain membuka peluang keusahawanan dalam sektor pelancongan dan umrah, selain membantu peserta membina bisnes berlesen dengan bimbingan profesional.
“Program ini terbuka kepada individu Muslim berumur 18 tahun ke atas, berminat menceburi bidang keusahawanan dan perkhidmatan umrah dan komited untuk mengikuti latihan penuh yang ditetapkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/5/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!