Perisa makanan beri kesan buruk kepada kesihatan

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Trend makanan yang semakin popular dengan penggunaan perisa tambahan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang tanpa disedari oleh masyarakat.

- Advertisement -

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, masyarakat kini cenderung memilih makanan yang ditambah dengan pelbagai perisa, namun tidak menyedari kesan buruk terhadap kesihatan.

“Bila bercakap tentang makanan, ia sudah menjadi trend yang pada masa kini semua makanan itu ditambah perisa, termasuklah coklat, keju dan pelbagai perasa seperti telur masin.

“Semua ini adalah perasa yang menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang tanpa disedari oleh rakyat kita.

“Jadi ini adalah satu tanggungjawab besar bagi kementerian kesihatan untuk mendidik masyarakat bahawa makanan yang sudah menjadi trend dan tular ini tidak sihat sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap pihak kementerian dapat mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat bagi mengelakkan rakyat daripada berdepan masalah kesihatan serius di masa hadapan. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

- Advertisement -