Dato’ Ashah ziarah Ketua Muslimat PAS Padang Terap

- Advertisement -

PADANG TERAP: Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali meluangkan masa menziarahi Ketua Muslimat PAS Kawasan Padang Terap, Sariah Salam, di kediamannya di Kampung Barokas, di sini semalam.

- Advertisement -

Sariah agak uzur sejak dibenarkan pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada 1 Mac lalu, selepas menjalani pembedahan apendiks lebih dua minggu lalu.

Sariah yang juga kelihatan agak lemah kerana tidak berselera makan dan minum disebabkan keadaan kesihatan dihadapi beliau.

Menurut anak beliau, ibunya juga kurang bercakap seperti kebiasaannya, dan hanya bersuara apabila minta alihkan kedudukan badannya atau lain-lain.

Dato’ Ashah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan pada kunjungan itu, turut memberi kata-kata semangat.

“Kita nak raya dah ni, kena makan ubat, makanlah nasi walaupun sikit, agar ada tenaga, cepat sembuh,” nasihatnya cuba mewujudkan keceriaan Sariah.

Turut bersamanya pada lawatan itu, termasuklah Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Norhafiza Fadzil dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin.

Termasuk juga beberapa orang ahli jawatankuasa Harian Dewan Muslimat Negeri berkenaan.

Terdahulu, Sariah, 60, yang juga Ahli Majlis Daerah Padang Terap, dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang kerana bengkak dikaki, sebelum dipindahkan ke HSB kerana dikesan mengidap apendiks dan menjalani pembedahan. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

- Advertisement -