Rangka strategi bagi kurangkan risiko perdagangan

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) memberi cabaran baharu kepada Malaysia dalam mengekalkan kedudukannya sebagai pusat data serantau.

- Advertisement -

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menggesa kerajaan agar merangka strategi baharu untuk mengurangkan risiko perdagangan yang mungkin timbul akibat perubahan dasar global.

“Baru-baru ini, timbalan menteri mengatakan sekatan ini tidak memberi kesan kepada pusat data. Namun, sebentar tadi juga dinyatakan bahawa kerajaan masih perlu ‘tunggu dan lihat’ potensi impak walaupun ada sekatan.

“Ya, kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang. Kita tahu bahawa industri semi konduktor ini menyumbang lebih kurang 40 peratus eksport dan juga satu per empat daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Adakah pihak kerajaan telah menggariskan apa-apa strategi bagi penyusunan semula aliran perdagangan baru termasuk angkah-langkah untuk mempelbagai pasaran eksport bagi mengurangkan risiko perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, berkata sekatan hanya melibatkan cip AI paling canggih, sementara kebanyakan pusat data lain tidak terkesan.

“Sekatan ini mungkin menjejaskan pusat data yang menggunakan cip AI untuk pemprosesan model bahasa besar (LLM), namun pusat data lain yang hanya memproses data media, ‘awan’ dan sebagainya masih boleh beroperasi seperti biasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -