
TEHRAN: Mantan Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohsen Rezaei berkata jika tindakan jahat pengganas rejim Zionis israel tidak dihentikan, ia akan menyerang Arab Saudi dan Iraq dalam langkah seterusnya.
Berucap dalam majlis tempatan di wilayah Fars pada Jumaat, beliau juga menyatakan bahawa pihak musuh sedang berusaha untuk menyemai benih perselisihan faham di Iran.
“Pengganas rejim Zionis adalah pengintip terbesar di dunia,” katanya, lapor MNA.
Di bahagian lain dalam ucapannya, Rezaei merujuk kepada jenayah yang dilakukan oleh pengganas rejim di Palestin dan Lubnan; dan menegaskan bahawa jika rejim penjenayah Zionis tidak dihentikan, bukan sahaja Saudi dan Iraq, malah negara-negara lain di rantau Timur Tengah juga akan diserang Zionis laknatullah tersebut.
“Pengganas rejim pembunuhan kanak-kanak dan wanita ini, dengan sokongan padu Amerika Syarikat, telah membunuh lebih 45,000 termasuk wanita, kanak-kanak dan individu yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza,” katanya.
Merujuk kepada Operasi Janji Sejati I dan II yang dijalankan oleh Iran ke atas pengganas rejim sebagai tindakan balas terhadap jenayah perangnya, Rezaei berkata, “Operasi berkenaan kebanyakannya dijalankan untuk menunjukkan ketahanan Iran di arena antarabangsa daripada ancaman pihak musuh seperti pengganas rejim, dan bukannya mencari perang.” -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!