
SEMENANJUNG GAZA: Media Israel telah menerbitkan video grafik dan gambar seorang lelaki yang meninggal dunia terbaring dalam runtuhan di sebuah bangunan di Tel Sultan, kejiranan bandar paling selatan di Semenanjung Gaza yang didakwa sebagai Yahya Sinwar.
Jenazah seorang lelaki yang menyerupai Sinwar kelihatan mengalami dua kecederaan di kepala dan satu kecederaan kaki.
Pengganas rejim Zionis Israel dalam dakwaannya berkata, ia telah menemui mayat itu pada Khamis dan dapat mengesahkan identitinya’, selepas melakukan DNA beberapa jam kemudian, lapor Tehran Times.
Media Ibrani juga mengumumkan bahawa Sinwar terkorban ‘secara kebetulan’ dan bukan melalui pembunuhan yang disasarkan.
Senario yang didakwa kematian Sinwar nampaknya bercanggah dengan tuntutan Israel sebelum ini.
Pegawai Israel sebelum ini menyatakan bahawa Sinwar terletak di dalam terowong bawah tanah, menahan tebusan Israel, dan memakai bahan letupan untuk menghalang tindakan ketenteraan Israel.
Namun, pengganas rejim mendakwa Sinwar sebenarnya terlibat dalam pertempuran darat bersama pejuang Palestin Hamas yang lain.
Walaupun Hamas masih belum mengulas mengenai keberadaan Sinwar, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam mesej video mengumumkan bahawa rejim penggganas Zionis telah berjaya membunuh pemimpin penting Hamas itu.
Netanyahu dilaporkan turut bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melalui telefon mengenai kesyahidan Sinwar.
Sinwar, yang menjadi ketua politik Hamas selepas pembunuhan Ismail Haniyeh oleh Israel pada 31 Julai lalu, dipercayai menjadi individu penting di sebalik Operasi Taufan Al-Aqsa pada tahun lalu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!