Layth Kharoub cedera, akan pulih dalam tiga hari

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kecederaan pemain di posisi sayap, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Layth Kharoub tidak serius, kata Presidennya, Rozi Muhamad.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya, Layth Kharoub kini dalam pemantauan dan rawatan fisioterapi sebelum dibenarkan menyertai sesi latihan padang.

“Alhamdulillah, setakat ini laporan yang kita terima kecederaan yang dialami Layth tidak serius, malah beliau akan pulih sepenuhnya dalam dua tiga hari lagi.

“Peranan Layth dalam team kita ini sangat diperlukan untuk aksi menentang KL City nanti, apa lagi ketika dua pemain utama Odey dan Jerabek juga tidak dapat beraksi kerana menerima dua kad kuning,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya keberadaan Aung dan Brandao bersama barisan pemain lain dijangka masih mampu memberi saingan sekali gus mengutip kemenangan ketiga dengan KL City.

Jelasnya, ramai yang bimbang mengenai kecederaan yang dialami Layth baru-baru ini memandangkan beliau turut berkeupayaan sebagai penyerang.

Menyentuh mengenai perlawanan antara KDN FC dengan Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau berkata pemain import dan tempatan telah menunjukkan aksi terbaik sehingga KDN FC berjaya mengutip tiga mata penuh di Paroi. – HARAKAHDAILY 8/10/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -