Apa perkembangan terkini status skim protege veteran tentera

Datuk Khlir Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan perkembangan terkini mengenai skim protege yang diperluaskan kepada bekas anggota tentera Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

- Advertisement -

Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berkata demikian membangkitkan kembali insiatif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Bajet 2024 pada 13 Oktober tahun lalu.

“Saya nak tahu setakat ini berapa ramai bekas tentera yang terlibat dengan syarikat yang mendapat kontrak daripada MINDEF,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, beliau tidak mempunyai data terkini berhubung perkara itu pada masa ini.

Namun, beliau menjelaskan bahawa program protege merupakan inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti melalui penempatan selama setahun di syarikat yang memperoleh kontrak kerajaan.

“Skim ini turut diperluaskan kepada veteran tentera, namun sambutan mungkin kurang memuaskan kerana kebanyakan bekas anggota tentera lebih cenderung mengikuti program-program lain yang disediakan oleh agensi seperti Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang menawarkan latihan dan pendedahan berkaitan kerjaya kedua,” katanya.

Sebelumnya, Khlir dalam soalan asal meminta menteri berkenaan menyatakan usaha-usaha kementerian setakat ini dalam menentukan veteran tentera mendapat kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan selama 21 tahun. – HARAKAHDAILY 15/10/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -