TDM Berhad sumbang RM20,000 kepada asnaf DUN Ajil

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: TDM Berhad (TDM) meneruskan usaha murni menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang sebanyak RM20,000 kepada asnaf di DUN Ajil melalui program TDM Bersama Masyarakat.

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil, bertujuan meringankan beban penerima serta memperkukuhkan hubungan syarikat dengan komuniti setempat.

Menurutnya, setiap penerima akan menerima bantuan yang diberikan berupa sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian.

- Advertisement -

“Program ini adalah salah satu cara kami berkongsi rezeki dan memberi kembali kepada masyarakat.

“Ini adalah bukti syarikat yang bukan sahaja berfungsi sebagai entiti perniagaan, tetapi juga memainkan perananaktif dalam pembangunan komuniti, khususnya di negeri Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, yang juga ADUN Ajil, Maliaman Kassim.

Turut hadir Pegawai MAIDAM Zon Tengah, Ustaz Fakhrul Islam Yaacob dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Lizan Che Mat.

Najman berkata, TDM komited dalam memastikan kebajikan masyarakat di kawasan operasinya diberi keutamaan.

“Keprihatinan terhadap kebajikan penduduk setempat bukan sahaja dilihat sebagai tanggungjawab sosial, tetapi juga sebagai usaha kami untuk menyokong aspirasi kerajaan negeri Terengganu dalam membangunkan masyarakat yang inklusif dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, TDM akan terus berusaha menyeimbangkan keuntungan perniagaan dengan komitmen terhadap pembangunan sosial dan kebajikan komuniti.

“Program seperti TDM Bersama Masyarakat Ajil adalah bukti nyata kesungguhan kami untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kami berharap agar usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk turut serta dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -