
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang menyertai KBHM yang diadakan tiga acara iaitu half marathon (21.1km) dan 10km serta 5km.
Menariknya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berjaya menamatkan larian sejauh 21.1 kilometer (km) dalam tempoh 1 jam 46 minit yang diadakan awal pagi ini.
Mengikut rekod, 70 perastus daripada kalangan peserta Kota Bharu Half Marathon (KBHM) itu adalah daripada masyarakat luar Kelantan.
Program itu dirasmikan Penasihat KBHM, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kira-kira pukul 4:00 pagi tadi.
Seorang lagi bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin yang sepatutnya menyertai program berkenaan tidak dapat hadir pada majlis ini kerana ada urusan lain.
Takiyuddin pada sidang media pagi tadi berkata, Syed Saddiq melahirkan rasa puas hatinya pada penganjuran program berkenaan.
Malah pada masa yang sama, jelas Takiyuddin, Saddiq berhasrat akan sertai lagi pada masa akan datang.
“Alhamdillah program ini mendapat sambutan hangat dan insya Allah kita akan menambaik baik penganjurannya dari semasa ke semasa.
“InsyaAllah kita usahakan untuk buat Full Marathon pula untuk tahun akan datang,” katanya semasa sidang akhbar pada Program Kota Bharu Kahf Marathon di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 7/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!