Siren Sistem Amaran Tsunami diuji di Terengganu esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATSNM) akan dilaksanakan di Pejabat Perikanan Daerah Kemaman, Terengganu.

- Advertisement -

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pemakluman pengujian siren tersebut pada 23 September, jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” katanya pada kenyataan yang dikongsikan laman Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu juga, METMalaysia juga akan memaklumkan juga jika terdapat sebarang pindaan daripada jadual yang telah dikeluarkan. – HARAKAHDAILY 22/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -