Sikap Teresa Kok, Anthony Loke yang memalukan

- Advertisement -

TELUK INTAN: Ketua Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham mengutuk tindakan pemimpin DAP, Teresa Kok dan Anthony Loke berhubung pandangan mereka terhadap isu sijil Halal di Malaysia.

- Advertisement -

Menurut beliau, kenyataan Teresa Kok yang menyifatkan sijil Halal sebagai sesuatu yang memalukan negara adalah satu tindakan tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Beliau berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja memalukan, malah mencerminkan sikap tidak menghormati syariat Islam yang diamalkan oleh majoriti penduduk di negara ini.

“Adalah tidak wajar bagi seseorang yang telah lama menetap di Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengkritik Anthony Loke yang didakwa menyokong pandangan dikatakan cuba menghalang perkembangan industri halal di negara ini.

“Ketika negara-negara maju lain sibuk memajukan industri halal, kita pula mempunyai pemimpin yang seolah-olah menghalang perkembangan tersebut,” tambahnya.

Pemuda PAS Teluk Intan juga melahirkan rasa kecewa terhadap sikap berdiam diri pemimpin Melayu-Islam dalam kerajaan, khususnya daripada parti Umno, PKR dan PAN yang tidak tampil mempertahankan kesucian Islam.

Nurhafizul menyifatkan tindakan mereka sebagai pengecut dan tunduk kepada tekanan politik.

“Rakyat, khususnya orang Melayu-Islam perlu bangkit mempertahankan syariat Islam yang dihina. Kita tidak boleh berdiam diri lagi dalam menghadapi ancaman ini,” tegasnya.

Beliau juga menggesa semua pihak untuk bersatu menentang sebarang usaha yang dianggap mencabar kesucian agama Islam di Malaysia. – *HARAKAHDAILY 10/9/2024*

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -