‘Ramai menyumbang, kita dapat membantu balik rakyat’

- Advertisement -

KUANTAN: Walaupun Kerajaan Negeri Pahang menyekat peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) daripada Perikatan Nasional (PN), mereka tetap setia dan komited berkhidmat untuk rakyat.

- Advertisement -

“Walaupun kita ADN Perikatan Nasional dinafikan peruntukan tetapi sampai hari ni alhamdulillah, masyarakat melihat kita bekerja, bergerak membantu orang ramai,” ujar ADN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.

Beliau berkata, masyarakat mahu melihat hasil dan setelah berpuas hati, mereka tidak akan teragak-agak menyumbang barang keperluan yang amat diperlukan pesakit seperti katil dan kerusi roda.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak. Ramai menyumbang kepada kita dan sehingga hari ini kita dapat menyumbang dan membantu balik rakyat,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar.

Menurutnya, sehingga hari ini wakil rakyat pembangkang dinafikan hak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sedangkan perbelanjaan bulanan yang perlu digunakan memakan belanja tinggi dan besar.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Tarmizi bersama ahli jawatankuasa Surau Al Munawwarah menyampaikan sumbangan katil kepada bilal surau tersebut. (Foto atas)

Ismail Mat Dawi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ayah Lop’ diserang angin ahmar lebih dua minggu lalu dan baru sahaja keluar dari hospital.

“Cepat sihat Ayah Lop.  Orang dah rindu suara azan,” ujarnya kepada sahabat lama beliau itu di kediamannya di Taman Pandan Damai dekat sini.

Turut mengiringi beliau adalah jawatankuasa surau berkenaan iaitu antara organisasi surau masjid terbaik dalam DUN Panching. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -