Kerajaan perlu prihatin keperluan rakyat

- Advertisement -

SANDAKAN: Kerajaan perlu prihatin dengan keperluan rakyat khususnya rumah dan kemudahan asas.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, keperluan rakyat khususnya B40 dan M40 perlu menjadi keutamaan kerajaan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PAS Libaran kerana konsisten membantu rakyat yang memerlukan tanpa menunggu pilihan raya.

- Advertisement -

“Inilah yang sewajarnya dibuat oleh semua wakil rakyat dan agensi berwajib,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas menziarahi asnaf, di sini, kelmarin.

Beliau bersama KEPIMPINAN PAS Libaran telah menziarahi dan menyerahkan barangan dapur beserta bantuan wang tunai kepada Liza Marie Toan, 36, seorang asnaf orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di Tinosa 1.

Idris turut berpesan, semua pihak perlu mendekati masyarakat yang memerlukan tanpa mengira masa agar semua masalah rakyat dapat diselesaikan dengan baik.

Katanya, bukan hanya menunggu rakyat yang datang, baru mereka dibantu. – HARAKAHDAILY 29/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -