Jangan tangguh laksana tugas ditaklif – as-Sabiqun

- Advertisement -

TEMERLOH: Ahli PAS tidak boleh lari daripada memikul tugas terutama berkaitan dakwah, tarbiyah, siasah, sosial, kebajikan, ekonomi dan lain-lain, demikian tegas Perwakilan As-Sabiqun, Dato’ Abdul Wahid Endut.

- Advertisement -

Beliau berucap dalam usul terima kasih dan perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, setiap daripada pemegang jawatan telah ditaklifkan tanggungjawab melalui lajnah-lajnah yang dan perlu berusaha dilaksanakan.

“Setiap tahun di dalam mesyuarat agong, perwakilan akan bertanya berkenaan tanggungjawab yang diamanahkan sama ada ditunaikan atau tidak,” ujarnya.

Namun katanya, tugas jemaah bukanlah satu perkara yang boleh dipermudahkan apatah lagi sekiranya berada di dalam negeri yang ditadbir PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Nak menang bukannya mudah, tetapi bila dah menang, bukan mudah juga nak isi kemenangan. Lagi susah untuk menunaikan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto. Lebih bimbang ketika pilihan raya dulu minta orang sokong tetapi janji tak terlaksana,” tambahnya.

Justeru kata Abdul, semua jentera di mana-mana peringkat perlulah bekerja bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kemenangan yang telah dicapai.

Dalam pada itu, beliau mengaku semua pihak sama ada pemuda, muslimat, veteran dan lain-lain telah memberi komitmen yang jitu tanpa mengenal penat serta lelah memastikan kemenangan terus berpihak kepada PAS.

“Cuma saya nak ingatkan, apa yang belum dilaksanakan, laksanakan segera, jangan hingga saat-saat akhir, rakyat saksi kita tak laksanakan,” pesan beliau lagi. – HARAKAHDAILY 14/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -