RUU Mufti 2024 wajar dikaji semula

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 wajar dikaji semula bagi meneliti maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi pegangan sebahagian besar umat Islam dunia.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, RUU tersebut yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua memerlukan perbincangan dalam kalangan tokoh agama.

Katanya, semua ulama dahulu tidak membenar pandangan mereka diisytiharkan sebagai mazhab negara sama ada Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanafi atau Imam Hambali.

“Kerajaan tidak boleh menetapkan sedemikian kerana tokoh terbabit tidak pernah mengeluarkan ketetapan supaya pemikiran mereka dijadikan panduan sesebuah negara.

“Dia hanya sebut agama Islam perlu menjadi agama negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kelantan MBI 2024 di sini malam tadi. (Foto atas)

Media sebelum ini melaporkan kerajaan berusaha mengubal RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bagi menambah baik urus tadbir hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam di negara ini.

Ia membabitkan usaha melakukan pentakrifan semula ASWJ dari sudut akidah dari aliran pemikiran Asyairah dan Maturidiah, sementara fekah pula menekan Imam Syafie serta meraikan tiga mazhab lain.

Manakala dalam ilmu tasawuf pula, hanya aliran pemikiran melalui Imam Ghazali dan Imam Junaid digunapakai di negara ini bagi menjamin kesejahteraan umat Islam. – HARAKAHDAILY 10/7/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -