Kehidupan dunia hanyalah sementara

- Advertisement -

APABILA sampainya hari kiamat, orang kafir berasa amat terkejut kerana mereka tidak menyangkanya. Bagi mereka, apa-apa yang Nabi sampaikan itu cuma cerita dongeng.

Orang bukan Islam langsung tidak percaya kepada hari akhirat, apalagi syurga dan neraka.

- Advertisement -

Kebanyakan kita pada hari ini berfikiran materialistik sehingga sesetengahnya menjadi atheis. Orang dahulu tidak menerima agama Islam dan mereka mempunyai kepercayaan tersendiri. Namun, orang sekarang tidak menerima semua agama atau ‘religion’. Bagi mereka, semuanya kebendaan.

Oleh sebab itu, orang tua di Barat walaupun telah berusia 80 hingga 90 tahun, namun mereka masih lagi mengembara ke merata-rata tempat, ‘enjoy’ dan bersukan. Sebab mereka menganggap bahawa inilah hidup dan setelah mati sudah tiada apa-apa lagi. Ibarat tutup lampu, gelap dan tidak nampak apa-apa.

Selama mana mereka hidup, mereka nak ‘enjoy’. Seolah-olah mereka menjadi seperti kanak-kanak disebabkan oleh fahaman atau pegangan mereka itu.

Bezanya mereka dengan orang Islam kerana mereka tidak percaya kepada hari akhirat. Antara asas bagi orang beriman ialah percaya kepada hari akhirat. Kalau tidak, tidak berimanlah kita.

Asas lain bagi keimanan ialah kenabian dan hari akhirat. Hari akhirat merupakan hari kesudahan hidup di dunia. Kehidupan dunia hanyalah bersifat sementara. Hari akhirat kekal sampai bila-bila. – HARAKAHDAILY 12/7/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.


Ikuti Channel rasmi Harakahdaily di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -