Belia Palestin tak akan biarkan impian Zionis jadi kenyataan

Mohammad Bagher Ghalibaf (FOTO: Tehran Times)
- Advertisement -

TEHRAN: Generasi baharu belia Palestin tidak akan membenarkan hasrat rejim Zionis Israel untuk menggantikan warga negara itu Palestin di Semenanjung Gaza menjadi kenyataan.

Speaker parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata demikian pada persidangan Antarabangsa di Tehran yang berjudul, Gaza: Ditindas tetapi Bertahan, sambil mengutuk jenayah rejim Israel yang merampas kuasa di Semenanjung Gaza dan memuji pelajar universiti Barat di Eropah dan Amerika Syarikat atas sokongan mereka kepada rakyat yang tertindas di Gaza.

- Advertisement -

Ghalibaf juga menyataka peranan yang dimainkan oleh Revolusi Islam di Iran dalam memajukan gerakan penentangan di Palestin dan berkata, “Almarhum Imam Khomeini yang menggantikan nasionalisme Arab telah membawa kepada kekalahan satu demi satu dalam peperangan, dengan penentangan Palestin terhadap rejim Israel palsu itu.”

Beliau menyatakan bahawa generasi baru Palestin telah meneutralkan plot yang direka oleh Zionis untuk tanah Palestin, seperti yang diramalkan oleh almarhum Imam Khomeini 60 tahun lalu, lapor MNA.

“Pemimpin Revolusi Islam sekarang ini meneruskan jalan yang ditunjukkan oleh Almarhum Imam Khomeini dalam menyokong penentangan Palestin dan kini pemuda Palestin mengalahkan rejim Zionis,” tegasnya.

Menurutnya, Operasi ‘Janji Sejati’ yang dilakukan oleh Iran pada pertengahan Mei 2024 sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas konsulatnya di Syria menunjukkan kerapuhan rejim Zionis Israel dan salah perhitungan sistem hegemoni.

“Iran akan sentiasa berdiri di sisi rakyat Palestin dan berpendapat bahawa negara yang ditindas harus membuat keputusannya sendiri,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata rejim itu sama sekali tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza, dan sedang menilai alternatif bagi menggantikan pentadbiran pimpinan kumpulan pejuang Islam itu di Semenanjung Gaza.

“Dalam pada kami melaksanakan tindakan ketenteraan, pihak pertahanan turut menilai alternatif pemerintahan menggantikan Hamas,” katanya, lapor Reuters.

Gallant yang tidak memperincikan alternatif berkenaan bagaimanapun berkata, “Kami akan mengasingkan kawasan (di Gaza), mengeluarkan operasi Hamas dari kawasan berkenaan serta memperkenalkan pasukan yang akan membolehkan pembentukan kerajaan alternatif – iaitu alternatif yang akan mengancam Hamas.

“Operasi ketenteraan Israel berserta tindakan mewujudkan potensi alternatif pemerintahan, akan membolehkan penyingkiran Hamas dan pemulangan tawanan.

“Kami tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza pada apa juga peringkat dalam sebarang proses yang meletakkan sasaran untuk menamatkan peperangan ketika ini,” katanya.

Hamas yang berikrar untuk memusnahkan penguasaan Zionis Israel telah memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007, setahun selepas kumpulan pejuang itu memenangi pilihan raya parlimen dan disusuli perang saudara singkat dengan pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin yang disokong Barat. – Agensi-HARAKAHDAILY 3/6/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -