761 terima darjah kebesaran Sultan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 761 individu menerima Darjah, Bintang dan Pingat kebesaran negeri Kelantan bagi tahun 2023 kali kedua sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-54.

- Advertisement -

Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat yang diadakan di Istana Balai Besar berlangsung selama dua hari.

Pada sesi pertama seramai 351 individu menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing yang didahului Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Mohd Azli Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Mohamad Ashraf Mohamad Daud.

Mereka menerima Darjah Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K).

Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat diteruskan semalam melibatkan 410 individu.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenaan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat tersebut.

Turut hadir Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Hadir sama pada majlis berkenaan pembesar-pembesar negeri, pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 14/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -