
LAHAD DATU: Seorang wanita cekal menjaga dan menyara tiga anak kalangan orang kelainan upaya (OKU).
Menurut Noraini Mangasia, 45, dua daripada lima orang anaknya OKU, autisme dan dalam masa sama perlu menyara anak saudaranya Muhammad Ridzuan Syah, 20, iaitu OKU fizikal.
“Saya mula menjaga dan menyara Ridzuan selepas kakak saya meninggal dunia.
“Saya hanya menjual makanan ringan depan sekolah bagi tampung perbelanjaan keluarga,” katanya menahan sebak selepas menerima sumbangan daripada PAS Lahad Datu di sini, semalam.
Suaminya, Jumady Mad Jahil, 38, tidak dapat bekerja kerana tulang kakinya semakin membengkok dan masih mendapat rawatan hospital.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana menerima bantuan wang bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali gus dapat membantu meringankan perbelanjaan mereka.
Anak-anaknya juga mendapat elaun tahunan dan mendapat beberapa kelebihan kerana mempunyai kad OKU.
“Terima kasih kepada PAS sentiasa menghantar bantuan bakul Ramadan. Semoga Allah murahkan rezeki penderma insya-Allah,” ujarnya.
Seramai hampir 50 orang asnaf sekitar Lahad Datu telah menerima sumbangan bakul makanan berupa keperluan dapur.
Edaran itu merupakan aktiviti akhir bagi program Sinar Kasih Ramadan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri melibatkan zon Bandar, Silabukan, Segama dan Sepagaya. – HARAKAHDAILY 8/4/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!