Platform X diarah padam siaran berita biskop ditikam 

Anthony Albanese (kiri) dan Elon Musk. (FOTO: The West Australia)
- Advertisement -

SYDNEY: Mahkamah Australia mengarahkan platform sosial media X untuk memadam siaran yang memberikan komen mengenai isu seorang biskop yang telah ditikam pada 15 April lalu.

Pihak mahkamah pada Isnin memberikan injunksi kepada pengawal selia siber dan pesuruhjaya keselamatan dalam talian (eSC) negara berkenaan, yang memerintah pihak X untuk memadam siaran-siaran mengenai serangan yang dihadapi seorang biskop di Gereja Assyrian, Mar Mari Emmanuel. 

- Advertisement -

X dalam pada itu memaklumkan pihaknya telah menyekat siaran-siaran berkenaan untuk penggunanya di Australia, tetapi tidak untuk pengguna platform di negara lain kerana bagi mereka, pihak kerajaan tidak mempunyai hak untuk menentukan apa yang boleh dilihat oleh pengguna X di peringkat global. 

Tindakan berkenaan sekaligus telah mengeruhkan hubungan antara Perdana Menteri, Anthony Albanese dan pemilik platform sosial media X, billionaire Elon Musk.

Albanese dalam pada itu memanggil Musk sebagai ‘billionair yang angkuh’ kerana keengganannya untuk memadam siaran-siaran mengenai insiden berkenaan di peringkat global.

Beliau menegaskan, sosial media sepatutnya mempunyai tanggungjawab sosial, tetapi Musk telah bertindak untuk membiarkan kandungan yang mempunyai unsur keganasan di platform sosial media berkenaan. 

“Kita akan membuat apa yang perlu untuk berhadapan dengan billionaire angkuh ini yang merasakan dirinya di atas undang-undang, dan juga di atas prinsip moral,”

“Apa yang dilakukan oleh eSC adalah untuk melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat Australia,” ujar Albanese kepada agensi berita, ABC. 

Musk sebelum ini telah melabelkan pihak eSC sebagai ‘Komisar (pegawai parti komunis) Penapisan Australia’, yang kemudiannya dibalas oleh Albanese yang menyebut perjuangan X untuk mengeluarkan kandungan keganasan sebagai ‘luar biasa’. 

“Saya ingin mengambil sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri  Australia kerana memaklumkan kepada orang awam bahawa platform (X) ini adalah satu-satunya yang boleh dipercayai,” sindir Musk di akaun X beliau beberapa jam sebelum Albanese mengeluarkan komen balasnya terhadap Musk. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -